Segala puji-pujian khususnya bagi Allah dan salam untuk junjungan Besar Nabi kita Sayyidina Muhammad s.a.w ,ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang telah di redai oleh Allah s.w.t sekaliannya. Saya memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan nikmat akal dan kesihatan yang telah dianugerahkan dapat kita bersama-sama berkongsi pendapat dan berbincang mengenai tajwid dan hukum-hukum tajwid yang telah di agar oleh ustaz Hj Abu Bakar di kelasnya di Bukit Aman. Saya berharap dengan adanya Blog ini dapatlah kita mengulangkaji dan berbincang secara lebih baik dan tidak berseorangan di samping tegur-menegur seteruissnya dapatlah kitya memahami ilmu Tajwid dan seterusnya dapat membaca al-Quran dengan baik. Apa yang baik adalah kunia Allah dan segala kelemahan pada Blog ini sudilah kiranya para sahabat membuat teguran agar dapat di perbaiki dari masa ke semasa. Wassalam,
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi datang lagi ke laman blog ini. Ayuh kita terus kepada huraian tajuk post ini. KONSEP ASAS TAJWID.
ReplyDeleteAda berapa KONSEP ASAS TAJWID?
2
Apakah ia?
1- Panjang atau pendek.
2- Jelas atau dengung.
Apakah maksud panjang atau pendek?
i-Anda harus mengenal dan menguasi huruf Mad yang menjadi penyebab berlakunya bacaan panjang.
ii-Hurufnya 3 iaitu, Alif, Wau, Ya.
iii – Alif – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris atas (fathah).
Wau – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris depan (dhommah.)
Ya – keadaannya mati (sukun) sebelumnya hurufyang berbaris bawah (kasrah).
Ada cara yang mudah mengenal Keadaan Mad ni?
Ada – Dalam Quran Resm Uthmani, Alif, Wau, Ya yang mati itu tidak kelihatan sebarang tanda di atasnya. Kosong.
KESIMPULANNYA?
Ini bermakna = huruf mad yang kosong atasnya >>> adalah hukumnya MAD (panjang).
Mesti baca hanya = 2 Harkat.
Tapi bukankah ada hukum 4,5,6 Harkat?
Ya. Itu jika ada tanda ( ~ ).
Bagaimana pula mad lin? Bukankah ada tanda sukun.
Memang. Huruf mad yang ada tanda mati maknanya mad lin lah. Kalau kosong= mad asli. Mad lin = 2,4,6. Mad asli = 2 sahaja.
Kalau Mad silah?
Asal mad silah ejaannya adalah mad asli jugak.
Kenapa Mad Aridh lis-Sukun tiada tanda ( ~ ) ?
Sebab tanda ( ~ ) hanya untuk 4,5,6. Sedangkan Mad Aridh lis-sukun boleh baca 2 juga.
Kalau Mad Lazim?
Mad lazim berbeza dengan Mad Aridh. Mad Lazim tak boleh baca 2 Harkat dan ada tanda ( ~ ).
Wallahu A’lam