Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]
Posts
Showing posts from 2010
Hukum ra'
- Get link
- X
- Other Apps
Hukum ra' Hukum ra' adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra' dalam bacaan. Terdapat tiga cara iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus dikasarkan dan dinipiskan. Bacaan ra' harus dikasarkan apabila: Setiap ra' yang berbaris atas atau hadapan. Contoh: ﺭَﺑﱢﻨَﺎ Setiap ra' yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas. Contoh: ﻭَﺍﻻَﺭْﺽ Ra' berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris yang asal. Contoh: ٱﺭْﺟِﻌُﻮْﺍ Ra' berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra' tadi berjumpa dengan huruf isti'la'. Contoh: ﻣِﺮْﺻَﺎﺪ Bacaan ra' yang dinipiskan adalah apabila: Setiap ra' yang berbaris bawah. Contoh: ﺭِﺟَﺎﻝٌ Setiap ra' yang sebelumnya terdapat huruf lin Contoh: ﺧَﻴْﺮٌ Ra' mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf isti'la'. Contoh: ﻓِﺮْﻋَﻮﻦَ Bacaan ra' yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah...
Wakaf
- Get link
- X
- Other Apps
Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari sudut istilah tajwid pula ialah menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf: Taamm ( ﺗﺂﻡّ - wakaf sempurna) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna. Kaaf ( ﻛﺎﻒ - wakaf memadai) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya. Hasan ( ﺣﺴﻦ - wakaf baik) - apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya. Qabiih ( ﻗﺒﻴﺢ - wakaf buruk) - apabila berhenti pada satu-satu ayat ...
Tanda-tanda waqaf
- Get link
- X
- Other Apps
Tanda-tanda waqaf Tanda mim ( ﻤ ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah. Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya.. Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan. Tanda zha ( ﻇ ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti. Tanda sod ( ﺹ ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod Tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada " Al-wasl Awlaa " yang bermaksud "Sambung lebih elok". Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok. Tanda qaf ( ﻕ ) merupakan singkatan kepada " Qeela alayhil w...